Aloe Propolis Creme
2 min read
Aloe Propolis Creme telah menjadi kegemaran pengguna produk Forever Living selama bertahun-tahun. Ia menggabungkan dua khazanah alam yang paling berharga – iaitu isi dalaman daun aloe vera gel yang tulen dan propolis lebah. Kedua-dua bahan utama ini membantu kulit kita mengekalkan warna dan tekstur yang cantik.
Sebelum ni Coach Leen pernah kongsi tentang pensijilan yang membuktikan aloe vera tulen dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Hanya spesis Barbadensis Miller yang sesuai dilabel sebagai aloe vera gel tulen.
Di pasaran ada banyak jenama produk, namun kita boleh pilih produk yang mengandungi peratus aloe vera yang tinggi dengan harga berbaloi. Siapa lagi kalau bukan Syarikat Forever Living yang memiliki ladang sendiri seluas dua kali ganda Singapura?

Ladang Lebah Milik Sendiri
Selain ladang aloe vera milik sendiri, Forever Living juga memiliki ladang lebah yang terbesar di Gurun Sonoran, Arizona, Amerika Syarikat. Maka tidak hairanlah kenapa krim ini muncul sebagai salah satu item paling popular di dalam kategori penjagaan kulit.
Pelembap unik seperti Aloe Propolis Creme adalah hasil gabungan kedua-dua keluaran ladang ini. Setiap tiub kaya dengan adunan aloe vera yang distabilkan dengan propolis lebah dan bahan sekunder seperti Chamomile.
Chamomile terkenal sebagai herba yang bagus untuk penjagaan kulit. Ditambah pula dengan vitamins A and E yang melengkapkan formula krim ini. Nah, semua kebaikan dalam satu tiub sahaja. Sangat mudah!
Aloe Propolis Creme Hero Kulit Lembap.
Kalau nak tahu Aloe Propolis Creme adalah super hero sebenar untuk kulit kering kerana dilengkapi dengan bahan penjagaan kulit seperti Aloe Vera dan Bee Propolis.
Dengan teksturnya yang lembut dan berkrim serta aroma madu yang ringan, ia akan memastikan kulit anda terasa dilindungi sepanjang tahun
Krimnya warna putih. Bau pun sedap.
Kegunaan utamanya adalah untuk melegakan kegatalan. Namun begitu. ada banyak punca kegatalan ni. Ada yang gatal sebab salah makan, ada yang gatal sebab habuk, ada yang gatal sebab jangkitan kuman.
Ia juga membantu untuk pudarkan parut jerawat, chicken pox dan luka-luka. Paling sesuai digandingkan dengan Aloe Vera Gelly.

Secara ringkasnya, krim ini adalah gabungan unik:
a) Aloe Vera Gel yang distabilkan 100% – menenangkan kulit
b) Ekstrak propolis lebah – antibakteria
c) Kamomil – herba penyembuh semulajadi
d) Vitamin A dan E – antioksidan
• Mengekalkan tona dan tekstur kulit yang sihat
• Sesuai untuk luka-luka terbakar, luka kecil, melecet, dan kulit kering
• Sesuai untuk hilangkan ‘stretch marks’
• Untuk kesan efektif, guna bersama Aloe Vera Gelly
Dapatkan Konsultansi PERCUMA.
Untuk maklumat lanjut boleh Muat turun PDF di sini atau hubungi Coach Leen melalui WhatsApp (KLIK DI SINI).