September 26, 2022

EZZALIN SIDEK

FOREVER LIVING Business & Networking Coach

Bee Propolis Forever Living

3 min read

Coach Leen memperkenalkan satu lagi produk hasilan lebah milik ladang sendiri, iaitu Bee Propolis Forever Living. Ingat polis, ingat propolis. Lebah menguatkan dan melindungi sarang mereka menggunakan propolis. Dan adakah anda tahu bahawa bahan yang sama yang melindungi sarang mereka juga membantu menguatkan tubuh manusia? Ini kerana propolis lebah sangat berkesan dalam menyembuhkan penyakit biasa seperti selesema. 

Kuat Seperti Propolis.

– Coach Leen, 2021

BBC NEWS melaporkan pada tahun 2008, saintis telah menemui bahawa  lebah madu mensterilkan sarang mereka dengan resin antimikrob. Dengan berbuat demikian, mereka memberikan seluruh koloni satu bentuk “kekebalan sosial”, yang mengurangkan keperluan bagi setiap lebah individu untuk mempunyai sistem imun yang kuat.

Menarik, bukan?

PROPOLIS DAN MADU  DALAM AL QURAN

Maha Suci Allah yang mengilhamkan lebah untuk menjalankan tugasnya.  

Dan Tuhanmu memberi ilham kepada lebah: Hendaklah engkau membuat sarangmu di gunung-ganang dan di pokok-pokok kayu dan juga di bangunan-bangunan yang didirikan oleh manusia.

Surah AnNahl. Ayat 68.

Kemudian makanlah dari segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan (yang engkau sukai), serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu yang diilhamkan dan dimudahkannya kepadamu”. (Dengan itu) akan keluarlah dari dalam badannya minuman (madu) yang berlainan warnanya, yang mengandungi penawar bagi manusia (dari berbagai-bagai penyakit). Sesungguhnya pada yang demikian itu, ada tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir.

Surah AnNahl. Ayat 69
Lebah Madu Mengumpukan Ganula Propolis

Sejarah Bee Propolis

Nama Propolis berasal dari bahasa Yunani yang bermaksud “sebelum bandar,” menandakan bahawa propolis mempertahankan seluruh masyarakat daripada ancaman luar. Propolis mempunyai sejarah 5000 tahun. Orang Assyria dan Yunani menggunakan propolis untuk membantu mengekalkan kesihatan yang baik. 

Lebah madu mengumpul dan memetabolismekan propolis, kemudian melapisi sarang mereka dengannya untuk melindungi sarang. Ia sangat berkesan, bahagian dalam sarang lebah adalah lebih selamat berbanding bilik operasi lain. 

Inilah kejuruteraan yang kita boleh ambil iktibar dari mahluk unik ciptaan Al Khaliq. Subhanallah

Bee Propolis Forever Living

BEE PROPOLIS FOREVER LIVING DITUAI DI LADANG MILIK SENDIRI

Sebelum menulis tentang Bee Propolis Forever Living ini, Coach Leen telah menulis tentang Madu Asli Forever Living, Bee Pollen Forever Living, dan Royal Jelly Forever Living. Semua empat (4) jenis produk hasilan lebah yang disenaraikan ini dituai dari ladang yang sama  di Gurun Sonoran, Arizona, USA.

Antara kelebihan menuai hasil milik ladang sendiri ialah jaminan kualiti, kos pengeluaran dan pemasaran. Setiap SKU mempunyai pensijilan dan pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Setiap proses pengeluaran dikawal oleh pihak syarikat tanpa menggunakan khidmat dari pihak luar. Maka tidak hairanlah bagaimana harga setiap item adalah berpatutan setanding dengan kualitinya. 

Bee Propolis Forever Living

CARA MAKAN BEE PROPOLIS FOREVER LIVING

Bee Propolis Forever Living ialah suplemen semulajadi yang diperbuat daripada propolis lebah, madu, perisa badam dan Royal Jelly. Formula syarikat dalam menghimpunkan semua khasiat propolis ke dalam tablet kunyah yang mudah dihadam dan diserap

Ia adalah suplemen semula jadi yang diperbuat daripada bahan yang sama dihasilkan lebah untuk melindungi sarang mereka. Bahan semula jadi ini juga didapati dapat membantu meningkatkan imuniti dan memerangi kesan daripada radikal bebas.

Ambil Bee Propolis sebagai tablet yang dikunyah pada waktu pagi bersama aloe vera gel. Ini adalah kombinasi yang sempurna untuk menyokong pertahanan semula jadi badan kita. 

Tapi apa nak buat jika anak anda kurang gemar dengan rasa Bee Propolis? Mudah sahaja – hancurkan tablet Bee Propolis dan suapkan dengan madu asli. InsyaAllah memang sangat sedap.

Bee Propolis Forever Living
Bee Propolis Forever Living Sesuai Untuk Kanak – Kanak

Bagaimana Cara Dapatkannya?

Jika berminat untuk dapatkannya, hubungi pengedar sah Forever Living Products yang berhampiran. Untuk hasil terbaik, dapatkan set trio ( 3 item ) yang termasuk Bee Pollen dan Royal Jelly. Namun Coach Leen amat galakkan anda mendapatkan konsultansi produk terlebih dahulu.

Jika berada di sekitar kawasan Seremban, Negeri Sembilan, boleh hubungi Coach Leen melalui Whatsapp . KLIK DI SINI. Nanti Coach Leen share bagaimana cara untuk dapatkan hasil terbaik dengan kombinasi set trio ( 3 item ) yang termasuk Bee Pollen dan Royal Jelly.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.