Forever Aloe Berry Nectar
3 min read
Sesuai dengan nama diberikan, Forever Aloe Berry Nectar mengandungi aloe vera, ekstrak buah kranberi dan nektar. Coach Leen ada terima maklumbalas tentang Si Botol Kuning Aloe Vera Gel (AVG), pertama kali cuba minum rasa masam, pahit, masin, payau dan neutral.
Rupanya ramai belum tahu Forever Living Products ada 4 jenis minuman gel aloe vera. Mungkin boleh cuba minuman ini sebagai permulaan. Jemput baca sampai habis.

PERSAMAAN 4 BOTOL GEL ALOE VERA.
Aloe Vera Gel, Aloe Berry Nectar, Forever Bits n’ Peaches dan Forever Freedom. Inilah 4 variasi minuman yang Coach Leen nak perkenalkan kepada pembaca semua di blog ini.
Persamaan paling utama ialah – semua botol mengandungi gel aloe vera yang distabilkan menggunakan teknologi dipatenkan. Ini bertujuan supaya pengguna dapat menikmati gel aloe vera dengan rasa yang sedap, dilengkapi khasiat berbeza dalam setiap variasi.
Semua minuman boleh dinikmati setiap hari mengikut keperluan individu. Si botol kuning AVG mengandungi gel aloe vera paling tinggi sebanyak 97%. Manakala botol lain berwarna putih juga mengandungi gel aloe vera, cuma ada tambahan isi kandungan yang berbeza setiap satu.

Artikel ini Coach Leen fokus untuk Aloe Berry Nectar dulu. Bahan – bahannya adalah mengikut peratus paling tinggi seperti berikut:
Gel Aloe Vera yang Distabilkan,
Fruktosa,
Kranberi Asli
Pekatan Jus Epal (Perisa),
Sorbitol,
Asid Askorbik (Antioksidan),
Asid Sitrik, Kalium Sorbat (Untuk Membantu Melindungi Perisa),
Natrium Benzoat (Untuk Membantu Melindungi Perisa),
Gum Xanthan,
Tokoferol (Antioksidan).
Siapa Paling Sesuai Minum Aloe Berry Nectar?
Forever Aloe Berry Nectar – 1 liter mengandungi semua vitamin, mineral, asid amino dan enzim yang sama terdapat dalam AVG, bezanya ditambah dengan khasiat dari kranberi dan epal.
Ekstrak kranberi kaya dengan kandungan proantosianidin yang membantu menyekat bakteria berbahaya daripada melekat pada dinding saluran kencing. Inilah sebab kenapa minuman ini menjadi kegemaran pengguna yang mahu mengekalkan kesihatan saluran kencing.
Selain reputasinya sebagai pembersih saluran kencing, kranberi mengandungi vitamin C yang tinggi. Ia juga merupakan sumber semula jadi pycnogenol, sejenis antioksidan kuat yang amat berguna dalam mengekalkan kolagen. Antioksidan jenis Oligomeric Proanthocyanidins (OPC’s) ini sepatutnya menjadi pilihan setiap individu yang mahu kelihatan sentiasa awet muda.
Khasiat epal pula mengandungi fitonutrien, sejenis bahan kimia semulajadi yang digunakan oleh tumbuhan. Hebatnya ciptaan Allah ini, fitonutrien tumbuhan digunakan untuk melindungi dirinya daripada kuman, kulat, pepijat dan ancaman lain. Untuk manusia, fitonutrien bermanfaat untuk melindungi sel badan daripada radikal bebas yang berbahaya.

Bagaimana Cara Minum Aloe Berry Nectar?
Biasanya Coach Leen cadangkan supaya minum Aloe Berry Nectar selepas makan apabila anda pertama kali mencubanya. Jika anda sedang cuba hentikan pengambilan gula putih, boleh gunakan seagai ganti minuman manis. Ditambah fruktosa (gula buah asli), tahap kemanisan dia cukup untuk buat kita golongan dewasa dan kanak-kanak ‘happy’. Tak terlalu manis, dan tidak terlalu tawar.
Selepas biasakan diri dengan pengambilannya, boleh terus amalkan sewaktu perut kosong.

ELAKKAN MEMBUAT PEMBELIAN TANPA KONSULTANSI PENGEDAR SAH.
Oleh kerana setiap individu mempunyai keperluan yang berbeza, Coach Leen tidak galakkan anda terus membuat pembelian di laman web tanpa mendapatkan konsultansi terlebih dahulu.
Produk yang dibincangkan di sini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, mengurangkan, merawat, menyembuhkan atau mencegah penyakit tertentu atau kelas penyakit. Anda harus berunding dengan doktor terlebih dahulu jika anda mengalami masalah perubatan.
Kadangkala kita ada ambil ubat atau supplemen lain yang mengurangkan fungsi minuman ini. Gunakanlah peluang ini untuk dapatkan konsultansi produk kerana setiap sesi adalah PERCUMA.
Semoga perkongsian Coach Leen bermanfaat untuk semua pembaca yang mencari solusi kesihatan yang lebih baik. Coach Leen boleh dihubungi melalui Whatsapp, KLIK DI SINI.