September 26, 2022

EZZALIN SIDEK

FOREVER LIVING Business & Networking Coach

Forever ArcticSea Omega 3

3 min read
Arctic Sea Forever Living

Forever ArcticSea Omega 3 adalah satu kejayaan cemerlang dalam kategori makanan tambahan yang seimbang. Ia berbeza dari minyak ikan di pasaran kerana menggunakan kedua-dua minyak sayuran dan ikan untuk hasil terbaik. Inilah faktor yang mendorong Coach Leen bersemangat untuk menyebarkan kebaikan minyak ikan dan minyak zaitun dalam satu ‘softgel’ ini. 

Forever ArcticSea Omega 3

Siapa perlukan Forever ArcticSea Omega 3? 

Minyak ikan dan minyak zaitun adalah sumber makanan yang baik untuk kesihatan jantung. Ini dibuktikan dengan pelbagai kajian secara saintifik. Jangan terkejut jika Coach Leen katakan bahawa statistik golongan muda yang terlibat dengan penyakit berkaitan kardiovaskular  yang semakin meningkat sejak lima tahun yang lalu. 

Gaya hidup, cara pemakanan dan faktor persekitaran terutamanya di kalangan warga kota mempengaruhi kesihatan jantung dalam diam. Kita tidak sedar semua ini menyumbang kepada pengumpulan kolestrol pada dinding saluran darah kita dari hari ke hari.

Ramai insan yang kita sayang berisiko menghadapi serangan jantung. Oleh itu, Coach Leen sarankan supaya kita amalkan pengambilan Omega 3 dan Omega 9 dalam diet pemakanan seharian. 

Baik lelaki atau wanita yang menjalani gaya hidup kurang sihat, mengamalkan gula putih berlebihan, kerap ‘restock’ makanan terproses atau mempunyai sejarah kesihatan dalam keluarga – jagalah diet pemakanan kita sebelum tanda-tanda serangan jantung muncul seperti berikut: 

1) Bahagian gusi atau lidah tiba-tiba menjadi bengkak atau sakit – ini berkemungkinan jantung kita mula bermasalah seperti saluran koronari tersumbat.

2) Tangan dan lengan kiri mula terasa kebas – Jika sakitnya berpanjangan, kita mungkin akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi wanita sakit mula terasa pada kedua-dua belah tangan)

3) Rasa bimbang atau rasa seronok teruja secara tiba-tiba tanpa sebab tertentu..

4) Rasa sakit ulu hati di sebelah kiri – seperti dada dihempap objek berat.

5) Rasa keletihan sepanjang masa, walaupun selepas bangun tidur. 

6) Degupan jantung tidak menentu, berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.

7) Mulai membengkak pada bahagian sendi-sendi di kaki dan abdomen.

Kelebihan EPA dan DHA Dalam Omega 3

Testimoni pelanggan sahaja tidak cukup membuktikan keberkesanan sesuatu produk. Oleh itu, Coach Leen lebih cenderung menekankan bahawa pemilihan minyak ikan mesti berdasarkan kandungan EPA dan DHA dalam produk tersebut.

Setiap kapsul  FOREVER ARCTIC-SEA Omega 3  mempunyai kandungan EPA sebanyak 225 mg dan 150 mg setiap satu DHA dan asid oleik, yang semuanya kekurangan dalam kebanyakan diet gaya Barat.

Faedah EPA dan DHA ini termasuklah menyokong sistem peredaran darah dalam tubuh badan kita. Selain itu, ia diperlukan untuk fungsi – fungsi lain, termasuk perkembangan dan kesihatan mata dan otak, serta menyokong fungsi sendi yang betul.

• Asid lemak Omega-3 telah ditunjukkan untuk membantu menyokong fungsi peredaran darah

• Asid lemak Omega-3 dan Omega-9 boleh membantu menyokong tahap kolesterol dan trigliserida yang sihat

• Membantu menyokong fungsi sendi yang betul

Cara pengambilan Arctic Sea mungkin berbeza mengikut keperluan setiap invidu. Coach Leen tidak galakkan sesiapa membelinya tanpa konsultansi dari pengedar sah Forever Living Products.

Berhati – hati membuat pembelian di atas talian, khasnya di platform ecommerce yang menawarkan harga murah tanpa jaminan pemulangan produk. 

Coach Leen, 2019

Tahukah anda? Articsea Omega 3 ini sebaiknya diambil bersama Forever Aloe Vera Gel (AVG) untuk penyerapan yang lebih baik. Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, muat turun PDF Forever_Arctic_Sea_ENG.pdf  atau hubungi Coach Leen melalui Whatsapp untuk konsultansi produk secara PERCUMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.