September 26, 2022

EZZALIN SIDEK

FOREVER LIVING Business & Networking Coach

Forever Lite Soy Protein

3 min read
Forever Lite Soy Protein

Siapa nak masuk tahun baru dengan azam diet baru, pastikan Forever Lite Soy Protein masuk dalam senarai menu. Bukan semua orang di luar sana mampu bertahan lama dengan hidangan diet yang membosankan. Yang faham sahaja akan memahami kenyataan ini. 

Dalam misi pencarian hidangan diet yang ideal, Coach Leen akan pastikan hidangan tu rasanya sedap, mudah diamalkan, mampu meningkatkan tahap tenaga. Kalau hidangan diet tu  dapat mengurangkan berat badan, dikira BONUS lah!

FAKTA MENARIK TENTANG FOREVER LITE Soy Protein 

Kita faham pentingnya protein dalam hidangan diet tapi tak pernah terfikir bagaimana protein boleh dicernakan dengan baik. Itulah sebab kenapa Forever Lite mengandungi Aminotein, iaitu campuran enzim yang khusus untuk mencernakan protein.  

Indahnya ciptaan Allah, Aminotein ini sifatnya membantu pencernaan dan penyerapan optimum Asid Amino. (Asid amino merupakan blok binaan bagi tubuh badan dan kulit yang sihat). 

Setiap hidangan minuman ini membekalkan VITAMIN dan MINERAL penting yang mudah dicernakan. Yang paling utama ialah PROTEIN berkualiti tinggi dalam bentuk 18 jenis asid amino. Ini termasuklah 8 asid amino yang diperlukan tubuh badan yang kita tidak dapat hasilkan sendiri). 

  • Setiap Skoop  (25g) Membekalkan 13g Protein
  • Sangat sesuai Untuk Vegetarian Kerana Tiada Bahan Tenusu
  • Baik Untuk Kesihatan Jantung
  • Membantu Dalam Pengurusan Berat Badan
  • Meningkatkan Stamina dan Tahap Tenaga
  • Bebas Laktosa 

Siapa Perlukan Forever Lite Soy Protein?

Ada beberapa golongan utama Coach Leen sering syorkan pengambilan protein ini, khususnya golongan yang mahu elakkan sumber gluten. Forever Lite adalah sejenis protein yang kaya dengan asid amino, mudah dicerna dan diserap oleh tubuh badan. Apabila proses pencernaan berjalan dengan baik, ia membantu proses pembaikpulihan sel dalaman usus kita. 

Ada lima golongan yang Coach Leen syorkan termasuklah: 

  1. Lelaki dan Wanita Yang Nak Kulit cantik. 

Ya, betul. Boleh dapat kulit yang lebih cantik kerana Forever Lite membekalkan asid amino yang diperlukan dalam penghasilan kolagen. Kolagen inilah rahsia bagaimana kulit jadi lebih gebu dan cantik.

  1. Individu Yang Sedang Menjalani Proses Pemulihan Dan Rawatan 

Coach Leen juga syorkan pada mereka yang telah menjalani rawatan atau dalam tempoh pemulihan, sebab ia dapat membantu pembaikpulihan sel badan dan mengalakkan penyembuhan dengan cepat. 

  1. Ibu Hamil

Ramai yang tanya tentang keserasian soy protein dengan ibu hamil. Sebenarnya ibu hamil pun bagus amalkan Forever Lite ni. Kita sedia makluma bahawa protein memang diperlukan untuk pertumbuhan bayi sepanjang kehamilan.

  1. Misi Dapatkan Berat Ideal

Berita baik! Boleh ikut cara Coach Leen ambil Forever Lite dengan Set Clean 9 untuk mencapai matlamat berat badan ideal. Dalam Set Clean 9 ini juga ada Forever Articsea Omega 3 yang popular tu.  

  1. Kanak – Kanak Yang Membesar. 

Ibu bapa di luar sana yang bergelut untuk menyediakan hidangan untuk anak yang sedang membesar, mungkin inilah jawapannya. Jadikan Forever Lite ( Vanilla atau Coklat) sebagai sarapan untuk anak.Ia boleh membantu kadar pertumbuhan dan perkembangan fizikal  mereka. Ini terpakai juga untuk masalah kegemukan dan juga menaikkan berat badan kanak- kanak.

Waktu Paling Baik Untuk Menikmatinya.

Terus terang kata, memang berbaloi kita laburkan modal untuk dapatkan Forever Lite ni.  Biasanya Coach Leen akan sediakan minuman Forever Lite ni dalam kereta, dalam perjalanan ke pasar atau jumpa orang di luar sana.

Jika berminat boleh hubungi Coach Leen melalui Whatsapp untuk testimoni yang berkaitan.

Kita ada kumpul testimoni peserta program khas untuk pengurusan berat badan yang terbukti selamat. Cuma perlu pilih antara dua flavor, sama ada Forever Lite Vanilla atau Forever Lite Chocolate!

Follow Coach Leen di di Facebook, Instagram dan TikTok.

More Stories

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.