KEBAIKAN ALOE VERA
2 min read
Tahukah anda, apa kebaikan aloe vera selain selain mendapatkan wajah cantik dan rambut menawan? Aloe Vera Gel yang tulen dan berkualiti tinggi mampu membersihkan permukaan usus manusia yang terdiri daripada villi (seperti karpet) yang berfungsi meningkatkan luas permukaan untuk penyerapan makanan dan menambah rembesan pencernaan. Jus minuman semata-mata atau air kosong tidak mampu membersihkan villi ini.
Vili usus adalah unjuran kecil seperti jari yang memanjang ke lumen usus kecil. Setiap villus berukuran kira-kira 0,5-1,6 mm (pada manusia), dan mempunyai banyak mikrovilli yang membentuk garis lintang seperti berus.
Di seluruh dunia terdapat kira-kira 400 atau lebih spesies aloe vera dan spesis Aloe Barbandensis Miller yang paling biasa digunakan dalam produk pengguna.
Nama saintifik yang tepat ialah Aloe vera (L.) Burm. f. Sinonim Aloe barbadensis atau Aloe barbadensis (Mill.) atau (Miller) biasanya digunakan untuk merujuk kepada aloe vera dan juga boleh dilihat pada banyak label produk.
Nama Aloe vera berasal dari kata Arab “Alloeh” yang bermaksud “zat pahit yang bersinar,” sementara “vera” dalam bahasa Latin bermaksud “benar.”
KEBAIKAN ALOE VERA UNTUK USUS
Jika anda mengalami sedang mengalami masalah sembelit, kulit naik ruam atau jerawat, sakit belakang berpanjangan, kadangkala pening kepala, atau mudah jatuh sakit, bermakna anda perlu lakukan sesuatu untuk membersihkan usus terlebih dahulu.
Ini kerana segala penyakit bermula di perut.
Apabila toksin dibuang, usus akan berupaya menyerap nutrien dengan lebih baik. Namun harus diberi perhatian bahawa bukan semua spesis aloe vera adalah selamat digunakan.
THE INTERNATIONAL ALOE SCIENCE COUNCIL
IASC dan negara lain seperti Kesatuan Eropah, China dan Korea, telah menetapkan piawaian untuk menentukan apa yang dikatakan (dan apa yang bukan) “aloe vera” dalam bentuk produk siap. Piawaian IASC menyatakan bahawa hanya produk yang mengandungi acemannan, atau beta 1-4 glukomanan asetilasi, boleh dilabel dengan tepat sebagai aloe vera. Acemannan ialah polisakarida semulajadi yang terdapat dalam aloe vera dan digunakan sebagai pengecam botani melalui kaedah analisis.
The International Aloe Science Council ialah organisasi tidak berasaskan keuntungan untuk industri aloe vera.
Products that do not contain acemannan are not considered to be true aloe vera based on this standard.
– The International Aloe Science Council
– The International Aloe Science Council
IKUTI COACH LEEN DI MEDIA SOSIAL
Coach Leen berkongsi lebih banyak maklumat dan aktiviti terkini tentang kebaikan tumbuhan ajaib ciptaanNYa ini di Facebook, Instagram dan TikTok.
Jom follow perjalanan Coach Leen membina perniagaan dengan menyebarkan lebih banyak manfaat dari aloe vera ini yang Al Khaliq ciptakan untuk manusia.