September 26, 2022

EZZALIN SIDEK

FOREVER LIVING Business & Networking Coach

MADU ASLI FOREVER LIVING

3 min read
Madu Asli Forever Living.

Jika ditanya apakah item paling laris yang Coach Leen pasarkan selain Aloe Vera Gel Forever Living – jawapan ialah Madu Asli Forever Living. Terdapat empat (4) jenis produk hasilan lebah yang dituai dari ladang milik sendiri iaitu Madu Asli, Bee Pollen, Bee Propolis dan Royal Jelly. 

Empat (4) Produk Hasilan Lebah – Forever Living Products

Ramai yang keliru tentang perbezaan setiap produk hasilan lebah ini. Untuk mudah faham perbezaan empat (4) jenis produk hasilan lebah ini, Coach Leen senaraikan di bawah:

Madu Asli Forever Living – Dalam bentuk cecair yang dimakan begitu sahaja, atau dijadikan bahan pemanis/ penawar dalam minuman. 

Bee Pollen Forever LivingDalam bentuk tablet kecil yang mudah dikunyah dan dihadam. Ia popular di kalangan ibu yang perlukan tenaga untuk menguruskan keluarga dan kerjaya. Ibu – ibu di luar sana amalkan sebelum menghadapi hari yang panjang, sebelum umi bertukar hijau!

Royal Jelly Forever LivingMakanan Diraja Untuk Ratu Lebah. Popular di kalangan wanita untuk keseimbangan hormon, masalah menstruasi dan menopause. Dihasilkan dalam bentuk tablet kecil berwarna putih susu yang mudah dikunyah dan dihadam. Ingat Ratu, Ingat Royal Jelly!

Bee Propolis Forever Living – Juga dikenali sebagai  air liur lebah. Mirip kepada Bee Pollen dan popular sepanjang musim pandemik kerana fungsinya sebagai ejen pertahanan tubuh badan. Ingat polis, ingat propolis! 

Lebah Haiwan Yang Diberikan Wahyu

“Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah: “Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu, dan di tempat-tempat yang dibikin manusia… kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu).”

Surah An-Nahl Ayat 68

Maha Suci Allah yang mengilhamkan lebah supaya menghasilkan madu yang menjadi penawar kepada manusia. Pernah terfikir bagaimana madu dihasilkan oleh makhluk kecil ini? 

Lebah membuat madu dengan mengembara dari bunga ke bunga, mengeluarkan nektar yang kaya, menyimpannya sebentar untuk dicampur dengan enzim mereka, dan kemudian memasukkan madu ke dalam sarang mereka. Sejak zaman dahulu, madu telah diiktiraf sebagai makanan semula jadi yang premium – ibarat gudang kebaikan pemakanan yang mudah dihadam.

Madu bermula sebagai nektar bunga yang dikumpul oleh lebah, yang akan dipecah menjadi gula ringkas yang disimpan di dalam sarang lebah.

Reka bentuk sarang lebah dan mengipasi sayap lebah yang berterusan menyebabkan penyejatan, menghasilkan madu cair yang manis. Warna dan rasa madu berbeza-beza berdasarkan nektar yang dikumpul oleh lebah.  BACA LAGI FAKTA TENTANG MADU DI SINI. 

FAKTA RINGKAS MADU ASLI FOREVER LIVING – 500g 

Madu Asli Forever Living adalah pekat, berwarna gelap dan berkualiti tinggi kerana dituai di kawasan gurun dan mengandungi peratus air yang sangat minima.  

Madu Asli Forever Living
Madu Asli Forever Living disahkan hanya mengandungi bahan semulajadi.

Pemanis yang lazat lagi berkhasiat ini sarat dengan kebaikan alam semula jadi. Ia mengandungi kira-kira 70 kalori setiap sudu. Ini menjadikan ia sebagai sumber tenaga yang cepat dan berkhasiat untuk sebarang kegunaan harian.

  • 100% kandungan madu tulen semulajadi, tidak ditambah gula putih
  • Sumber dari ribuan jenis flora. 
  • Dalam bentuk mentah. Ia tidak dimasak, tidak ditapis atau diproses. 
  • Rekabentuk botol unik dan mudah digunakan. Ia menghalang kehilangan mana-mana nutrien berharga yang disebabkan oleh cahaya matahari.
  • Berfungsi sebagai pembekal tenaga semulajadi
  • Menyokong  fungsi sistem imunisasi tubuh badan
  • Membantu proses penghadaman
  • Kandungan kaya dengan enzim
  • Boleh dijadikan pemanis semulajadi – pengganti gula putih yang ideal 
  • Mudah dicerna dan diserap oleh badan
Madu Asli Forever Living
Untuk maklumat lanjut, muat turun PDF. KLIK DI SINI.

KITA MAKAN MADU ATAU GULA?

Terdapat banyak madu bukan asli di pasaran Malaysia. Selama ini kalau sudah habis berbotol – botol madu, sakitnya masih ada dan tak jadi ubat. Rupanya cara minum madu itu yang salah, atau madu diambil itu mengandungi gula yang tinggi. 

Oleh itu, berhati – hati dalam memilih madu di pasaran kerana bukan semua madu adalah ‘original’. InsyaAllah Next article Coach Leen akan menulis cara bagaimana nak bezakan ‘Nutrition Fact’  dengan ‘Ingredient’ ya.

Sebelum membuat pembelian, pastikan anda dapatkan konsultansi produk secara PERCUMA di kalangan pengedar sah yang terlatih di seluruh Malaysia. Coach Leen juga boleh dihubungi melalui Whatsapp . KLIK DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.