June 10, 2023

EZZALIN SIDEK

KERJAYA. KELUARGA. KEJAYAAN

ROYAL JELLY FOREVER LIVING

3 min read
Royal Jelly Forever Living

Royal Jelly Forever Living adalah makanan tambahan untuk lelaki dan wanita dalam bentuk tablet boleh dikunyah. Jangan keliru dengan Bee Propolis  dan Bee Pollen, kerana Royal Jelly ialah  makanan diraja dalam dunia lebah.  Ia kaya dengan protein dan dihasilkan semasa proses menghadamkan Bee Pollen ( debunga lebah). 

Royal Jelly adalah rembesan menyerupai susu yang diperoleh daripada kelenjar faring lebah madu. Dari segi anatomi, kelenjar faring (Hypopharyngeal gland)  inilah yang menghasilkan sebatian yang diperlukan untuk membuat Royal Jelly.  

MAKANAN RATU LEBAH

Maha Suci Allah yang menciptakan Royal Jelly dari  salah satu haiwan yang disebut di dalam Al Quran ini. Sesuai dengan nama diberi, Royal Jelly merupakan  makanan istimewa yang diadun khas dengan enzim. Ia bukan sahaja makanan kepada Ratu Lebah, malah larva yang  ditakdirkan menjadi Ratu Lebah. 

Ratu adalah pusat kepada sebuah sarang lebah. Ia merupakan lebah yang paling besar dan badannya dibentuk khas untuk bertelur supaya telur-telur itu boleh diletakkan sedikit di atas pusat sel dalam sarang lebah. 

Royal jelly adalah makanan eksklusif ratu lebah sepanjang hayatnya yang sangat produktif, membolehkannya bertelur sehingga 3,000 telur setiap hari sepanjang hayatnya selama enam tahun.   Setiap kali Ratu baharu bakal dinobatkan, Royal Jelly akan tambahan akan diberi makan kepada larva terpilih dalam sel di sarang. 

Lebah pekerja yang makan madu biasa hidup hanya empat hingga enam minggu.  Inilah rahsia kenapa Ratu Lebah mampu hidup lebih lama berbanding lebah lain.  Baca lagi tentang kasta lebah DI SINI.

Hebatnya aturan Allah Maha Pencipta! 

Popular Di Kalangan Wanita

Royal Jelly juga sangat popular di kalangan wanita kerana mengandungi fitohormon yang mengawal keseimbangan hormon, kitaran haid dan mengurangan gejala menopause. Jika ia serasi dengan tubuh badan seseorang, kesannya boleh dilihat dari luaran fizikal – kulit yang kekal remaja dan awet muda.  Coach Leen suka! 

Keistimewaan Royal Jelly Forever Living

Royal Jelly Forever Living dikumpulkan dari ladang lebah milik sendiri. Ia terletak di  kawasan padang pasir yang kering, terpencil, tinggi di mana persekitaran ideal untuk sarang lebah. Hasilnya diekstrak daripada sarang dengan serta-merta sebelum dikeringkan untuk mengeluarkan lebihan air daripada produk. Akhirnya ia hanya kekalkan semua vitamin, mineral, enzim dan ko-enzim di dalam setiap tablet. .

Salah Satu Makanan Yang Paling Lengkap

Royal Jelly Forever Living mengandungi vitamin A, C, D, dan E dan juga merupakan stor bekalan semula jadi yang kaya dengan vitamin B-kompleks. Bahan utama ialah vitamin B5 (Asid Pantothenik), salah satu bahan terpenting dalam badan, penting untuk sintesis dan metabolisme protein, lemak, karbohidrat dan beberapa hormon. 

Ia juga mengandungi kesemua lapan asid amino perlu ditambah sepuluh asid amino sekunder dan sejumlah besar mineral kalsium, kuprum, besi, fosforus, kalium, silikon dan sulfur. Royal Jelly juga mengandungi asid nukleik. 

Mudah Diserap Dan Mudah Dihadam.

Walaupun setiap hari kita semakin sibuk, namun kita tidak perlu mengorbankan kesihatan yang begitu berharga. Coach Leen amat galakkan anda ubah gaya pemakanan yang memberi nilai nutrisi yang lengkap dan mudah. Seperti Royal Jelly Forever Living yang sedap dikunyah ini,  Ia tidak mengandungi bahan pengawet, pewarna atau perisa tiruan.   

Untuk maklumat lanjut tentang produk ini, download PDF DI SINI

Forever_Royal_Jelly_ENG.pdf

Dapatkan Khidmat Konsultansi Sebelum Membeli.

Oleh kerana Royal Jelly bukan sesuai untuk semua golongan, Coach Leen amat galakkan anda mendapatkan konsultansi produk sebelum membuat pembelian. Setiap sesi konsultansi adalah PERCUMA dari pengedar Forever Living Products di seluruh dunia yang sah.

Jika berada di sekitar kawasan Seremban, Negeri Sembilan, boleh hubungi Coach Leen melalui Whatsapp. KLIK DI SINI.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.