September 26, 2022

EZZALIN SIDEK

FOREVER LIVING Business & Networking Coach

Tahniah Buat Manager Rohayu Rogikin

2 min read

Assalamualaikum بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Alhamdulillah, Syukur ke hadratNya atas segala nikmat dan rezeki yang diberikan. Pada Julai 2020 saya mendaftar keahlian di Forever Living dan November 2020 naik ke rank VIP.

Bermula sebagai pengguna sahaja dan niat asalnya cuma hendak membantu menguruskan stok, pos dan COD untuk CBM Junaida yang menetap di Calgary, Canada. Kebetulan pada masa tersebut saya masih berulang alik dari Kuching dan KL untuk urusan penutupan program kebajikan dan urusan peribadi sebelum berpindah terus ke Kuching setelah hampir 19 tahun menetap di Selangor.

Pada masa tersebut memang tidak terfikir langsung untuk terlibat secara serius di Forever Living sebab memang tidak ada pengalaman dan minat untuk berniaga. Semuanya bermula setelah saya balik dari Kuala Lumpur dan didapati positif Covid 19, manakala suami kekal negatif sehingga tamat tempoh kuarantin sebagai PUI. Sedangkan suami mempunyai masalah kencing manis, kolestrol dan asthma.

Dijadikan cerita dua minggu sebelum kami bertolak ke kuala Lumpur, suami telah mengamalkan set Forever Living untuk masalah kencing manis, disamping pengambilan rutin madu dan Absorbent C.

– Manager ROHAYU ROGIKIN

Asbab daripada situlah yang menjadi pemangkin untuk bersama dengan Forever Living bermula pertengahan Februari 2021.Bukan mudah untuk saya bermula sebab saya perlu memupuk minat dan memaksa diri, banyak perubahan yang berlawanan dengan keperibadian dan keselesaan diri sebelumnya saya tukar perlahan-lahan.

Alhamdulillah saya cuba aplikasikan setakat apa yang saya mampu ilmu-ilmu yg didapati daripada leaders. Sejujurnya saya masih jauh ketinggalan dan banyak kekurangan ilmu di dalam Forever Living ini. Tapi saya tidak menjadikan itu sebagai halangan untuk terus melebarkan jaringan dan membantu lebih ramai orang.

Sebelum ini saya berkhidmat di salah satu pertubuhan kebajikan dan menjadi tanggungjawab saya untuk mencari dana bagi kelangsungan perjalanan program, tetapi di Forever Living giliran saya pula untuk membantu dengan mengeluarkan zakat perniagaan.

– Manager ROHAYU ROGIKIN

Sekalung penghargaan kepada Leader Mohd Syahril, Leader Noor Hasyimah dan orang yang bertanggungjawab menjebakkan saya di Forever Living Leader Junaida Rogikin.

Terima kasih suami yang senantiasa ada bersama seiringan membantu sedari awal sehingga sekarang. Terima kasih Emak dan bapak yang tidak putus-putus mendoakan.

Jangan tunggu pandai baru nak bergerakPandai akan datang bila kita mula bertindak

– Manager ROHAYU ROGIKIN

I am Manager ROHAYU ROGIKIN

1 am Forever

More Stories

1 thought on “Tahniah Buat Manager Rohayu Rogikin

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Copyright © All rights reserved. | Newsphere by AF themes.